Wednesday, June 27, 2007

:: WORDS ::

Six months to the deadline for the novel writing competition.
Reached the 10k word mark but am still short of 5000 words.
It's funny how after countless of times proofreading my own writing, editing my own words - I came to realize I was not only writing about myself but also people who meant a lot to me, those who had all these years confided in me and yet I let them be because I know my two cents of worth only temporarily reassure but can never be a quick fix to a tricky situation.

D is going to giver her second opinion on my first shot to novel writing & throughout the years of knowing her (we've been classmates since we were 13, back then in Crescent), I'd say she is the one of the best things that ever happened to me.
Had it not been for her, my time in school could just be a normal, empty one. Thanks love.


Best friend. You have always been part of my story. :)

“Ironis bukan? Dalam optimisme kamu ada pesimismenya,” Rita berpendapat.

“Maksud kamu?” Aalinah bertanya, keliru dengan kenyataan sahabatnya itu.

“Maksud aku. Engkau yakin dengan kekuatan diri kamu tapi keyakinan itu diselindungi di balik alasan yang tiada milik kita yang kekal. Engkau seolah menyerah pada takdir. Reda dengan situasi, tidak mahu memperjuangkan apa yang sepatutnya menjadi hak kamu,” Rita berkata.

“Tidak semua yang pernah menjadi milik kita harus dipertahankan Rita. Termasuklah hubungan kasih-sayang lelaki dengan wanita. Jika benar sedaya upaya kita telah cuba membinanya tetapi pihak yang lain tidak mahu meletakkan usaha, patutkah kita terus menghukum diri dengan menyatakan bahawa kita boleh memperbaikinya lagi jika berusaha dengan lebih tekun.

Itu membunuh diri Rita. Bukan secara literal. Tapi ia membunuh keyakinan, semangat perjuangan dalam diri untuk terus hidup. Apakah perlu kita memperbaiki setiap kesalahan orang dan menganggap kesalahan itu milik kita juga?

Aku rasa tidak, Rita. Ada perkara yang aku redha tapi ada perkara juga yang aku tahu aku ada kuasa untuk mencoraknya. Kejayaan aku, kebahagiaan aku juga kesenangan aku – itu yang aku harus pertahankan,” Aalinah menjelaskan prinsipnya.


‘Malam ini, sepi menjadi saksi hancurnya suatu perasaan. Biarlah airmata terus mengalir. Biarlah aku mendakap kesedihan ini. Untuk apa aku terus membendung emosi yang juga berhak atas diriku. Aku perlu kuat. Aku perlu teguh. Tetapi malam ini, biar kulenyap dalam kelemahanku tatkala kekuatan itu akan bangkit semula setelah aku berani bertentang dengan kedukaan hari ini.’

Labels:

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home