:: writing ::Bear with me.
This month is a work month for me.
Thus the reason, entries only revolve around work.
That reflects how boring my life can be.
After hours of finding the right words to bring the topic love across, I could only come up with this.
I am not so much of a writer.
(This should be my first and last novelette.)
Just something I'd like to share with my readers.
It's pretty lengthy. Yeah, I'm super long-winded.
Bab Tiga : Mencari Cinta
........
“Merepek sahaja kamu berdua. Aku belum jatuh cinta. Irham is just a friend,” Aalinah cuba menerangkan duduk perkara yang sebenar.
Tidak mengerti mengapa sahabat-sahabatnya perlu berpendapat bahawa setiap perkenalan itu harus diselangi perasaan cinta. Namun Aalinah tidak dapat menafikan bahawa setiap kali nama Irham disebut, hatinya akan melonjak bahagia dan apabila Irham berjauhan darinya, seperti ada kekosongan yang dirasai. Itukah dinamakan cinta?
“Usah berselindung lagi Aalinah, dari raut wajahmu aku sudah dapat membaca hatimu. Apa guna lari dari perasaan Aalinah jika benar hati sudah tertawan,” Yani berseloroh.
“Aduh, kamu cakap seperti seorang pemuitis sih. Hati tertawan la. Gue sehingga kini, tidak percaya pada cinta sih dan pengalaman gue cukup mengajar yang cowok ngak bisa dipercayai sih,” Rita berpendapat.
“Itu kerana kamu tidak cerewet Rita. Semua jejaka yang ingin berkenalan dengan kamu, kamu setuju. Kamu lupa bahawa kamu mempunyai pilihan,” Yani berkata.
“Aduh.. kalo gue ngak bisa setuju, gi mana gue tahu cowok itu istimewa buat gue. Gue perlu berkenalan sih, kemudian gue tahu minatnya, latar belakangnya dan segala-galanya tentang dia. Tapi nasib gue ketemuin cowok yang pada mulanya begitu perfect, tetapi bohongin gue sih. Mahu numpang kesenangan gue,” Rita menjawab selamba.
“Kamu skeptik ya. Tidak mempercayai cinta kerana pengalaman mengajar kamu cinta itu satu kebohongan; tipuan semata-mata. Prejudis itu namanya. Jika benar cinta itu kepalsuan, mengapa kita masih memerlukannya?” Aalinah bertanya, memancing sahabatnya untuk memperjelaskan definisi cinta.
“Gue ngak kata kita ngak perlu cinta. Ngapain jika bercakap tentang cinta, fikiran kita jadi sempit sih. Gue ngak percaya pada cinta yang pacaran. Cinta yang untuk cowok. Tapi gue percaya elemen cinta itu wujud dalam naluri kita sih. Ia ngak bisa dicanang-canang. Ngak bisa diretorikskan. Its a feeling, Aalinah. Its undefinable,” Rita berkata.
“Bagi aku, cinta itu perpaduan jiwa yang lahir semulajadi tanpa perlu kita mengungkapkannya. Ia hadir antara dunia khayalan dan realiti. Kerapkali yang merentap ketenangan jiwa pencinta ialah apabila kedua-dua dunia ini tidak dapat diimbangi; pencinta yang dibuai asyik dalam fantasi dan pencinta yang takut beremosi, masing-masing menjemput kegelisahan angkara cinta,” Aalinah memberi pendapatnya.
“Kompleks bukan pengertian cinta. Sukar untuk aku fahami bagaimana cinta itu kadangkala dapat mengukir kebahagiaan dan mengundang kesedihaan dalam masa yang sama. Lihat bagaimana ibuku yang dahulunya ceria kini murung, seolah runtuhnya perkahwinan yang dimaktubkan atas nama cinta itu menandakan hidupnya juga telah mati,” Yani mengeluh, kesal dengan perubahan sikap ibunya yang sehingga kini masih bersedihan memikirkan ayahnya yang kini sudah pun merencanakan perkahwinan keduanya.
“Itu yang gue ngak percaya tentang cinta pacaran sih. Ia bikin kita cengeng. Cinta seperti itu sih buat kita lemah, memikirkan rasain cemburu, takut dan hiba sih. Gue percaya pada kepelbagaian cinta. Hati kita sebenarnya dibentuk oleh rasa cinta pada segenap ruang kehidupan jika kita benar-benar ikhlas ingin memahami maksud cinta itu sih. Jarang mahu orang berbicara cinta dari kacamata manusia yang kasih pada kurniaan jasad, pada penciptaNYA, pada kewujudan insan di sekelilingnya, pada persekitaran dan pada keindahan alam,” Rita mengeluh.
“Cinta pacaran itu juga cinta Rita. Kamu pesimis jika menganggap cinta itu hanya mengeluarkan air mata si pencinta. Itu bukan silap cinta. Itu silap si pencinta yang terlalu obses dan taksub dengan fahaman cinta. Cinta itu sebenarnya simple jika kita membenarkan ia mekar dengan kepakaran hati kita sendiri. Kita cemburu, takut dan hiba kerana tidak bijak mengawal emosi itu. Its a beautiful feeling girls. Bahagia itu juga datang dari cinta jika si pencinta pintar mencari rahsia di sebalik keindahan perasaan itu,” Aalinah menjawab.
“Benar kata Aalinah itu dan yang lebih penting bagi aku ialah sebelum mencintai orang lain, kita perlu cari cinta untuk diri kita sendiri. Bagaimana hendak kita memberi cinta jika hati kita nihil dan kosong? Apa gunanya mengungkap cinta pada orang lain jika kita kejam pada diri kita? Jika kita hukum hati dan perasaan dengan sikap negatif? Jika dendam membukit dan benci menggunung? And to give others, you must give something for youself,” Yani menyimpulkan pendapatnya.
....
to be continued
0 Comments:
Post a Comment
Subscribe to Post Comments [Atom]
<< Home